Straight To the Point

Reka Teemor Kena ‘Hack’, Sherry Marah Disindir

in Artis/Utama & Sensasi

SEELOKNYA jika pernah menjadi bekas kekasih, usahlah dikait-kaitkan lagi.

Apa perasaan anda jika hubungan yang sudah terputus di tengah jalan masih disebut-sebut lagi oleh orang ramai yang tidak mengenali anda secara dekat? Tentu ‘bengang’ kan?

Mungkin itulah yang dirasai oleh pengacara, Neelofa dan pelakon, Sherry Ibrahim apabila nama mereka berdua masih lagi dikaitkan dengan bekas kekasih mereka, aktor Fattah Amin yang kini sudah pun berkahwin dengan pelakon popular, Fazura.



Pagi tadi, Sherry ‘naik angin’ apabila perunding perkahwinan majlis persandingan Fazura dan Fattah iaitu Reka Teemor telah mengaitkan namanya dengan pasangan tersebut.

“Pertamanya saya tidak mengenali mereka (Reka Teemor) dan perkara ini berlaku menerusi video yang saya muat naik malam semalam.

“Komen tersebut telah menyebabkan buli siber dan ia membuka kepada risiko dan rasa tidak hormat,” tulis Sherry di posting yang dimuat naik pagi tadi.

Komen yang ditinggalkan oleh pihak Reka Teemor itu telah menaikkan kemarahan banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang rapat dengan Sherry sendiri.

“Hi @sherryibrahim, dah tengok wedding Fattzura? Kami ada post wedding Fattzura di Instagram kami. Jom tengok,” tulis pihak Reka Teemor di komen video Sherry semalam.

Sherry dan Fattah sebelum ini pernah menyulam cinta selama hampir dua tahun tetapi semuanya telah berakhir selepas tiada persefahaman.

Disebabkan perkara itu, ramai netizen menggesa supaya pihak Reka Teemor membuat permohonan maaf terhadap Sherry kerana bagi mereka, ia bagaikan satu perkara yang tidak sepatutnya terjadi.

Pelakon drama Syurga Yang Kedua itu juga dikatakan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak di sebelah sana.

“Sila jelaskan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan seterusnya @rekateemor,” tulis Sherry.

Namun, pihak Reka Teemor sendiri telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa akaun Instagram milik mereka telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta bersifat mahu menjatuhkan imej mereka.

Tidak lama selepas posting Sherry itu, pihak Reka Teemor telah membuat kenyataan berserta beberapa gambar menunjukkan ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan reputasi perancang perkahwinan yang kian dikenali itu.

Malah, mereka turut menerima kiriman email daripada pihak Instagram dengan memaklumkan bahawa ada pihak telah cuba untuk menceroboh akaun mereka itu.

Pemilik Reka Teemor bersama-sama Fattah dan Fazura semasa majlis resepsi mereka baru-baru ini.

“Ada seseorang cuba merosakkan imej Reka Teemor dalam dunia siber dengan menggodam akaun perniagaan kami dan menyebarkan komen tidak sepatutnya,” tulis Rekateemo dalam posting tersebut.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia telah menyebabkan banyak pihak yaang terasa hati.

Dalam masa yang sama, ada juga beberapa individu yang menyifatkan bahawa Sherry tidak seharusnya mudah melatah kerana jika dia sudah benar-benar tiada hati kepada Fattah, untuk apa dia mengamuk seperti itu? – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top