Rezeki Datang Bergolek, Mira Beraya 19 Pasang Baju

BERTUAH sungguh bila menjadi seorang selebriti, pasti ada sahaja jenama yang secara rela akan menghantar busana buat mereka untuk digayakan pada lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tahun ini, rezeki bagaikan jatuh bergolek kepada pelakon cantik manis Mira Filzah apabila dia tidak perlu berbelanja walaupun sesen bagi persiapan lebaran kerana gadung pakaian Ariani telah menaja sebanyak 19 pasang persalinan buatnya.

Hal itu disebabkan Mira merupakan duta rasmi jenama Ariani bersama selebriti lain iaitu Bella Dally dan Ayda Jebat.

Oleh itu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berasa sungguh teruja untuk menggayakan kesemua busana itu bersama keluarganya pada Jumaat nanti.

“Nampaknya, rezeki saya apabila mendapat tajaan baju raya yang dilengkapi tudung.

“Saya diberitahu, Ariani akan bekalkan setiap rekaan dalam koleksi terbaharu yang dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini.

“Sudah pasti saya akan berkongsi baju-baju ini dengan adik-adik… Tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Seperti tahun yang sebelumnya, Mira juga akan pulang ke kampung halamannya iaitu dekat Ipoh dan Tronoh, Perak.

Baginya yang kini sudah mempunyai pendapatan sendiri dan meningkat dewasa, dia turut berasa teruja untuk mendapatkan duit raya daripada datuknya yang tidak putus akan memberi duit raya kepada cucu-cucunya.

Malah, jumlah duit raya turut akan bertambah setiap tahun bagi mana-mana cucu yang masih belum lagi mendirikan rumah tangga.

“Dalam keluarga sebelah ayah, cucu hanya ada enam orang. Jadi, atuk akan bagi duit raya di mana jumlahnya meningkat mengikut umur.

“Saya rasa seronok kerana maklumlah, jarang orang dewasa apatah lagi sudah bekerja, dapat duit raya,” ujarnya lagi.

Namun itu tidak bermaksud pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu tidak memberi duit raya kepada sanak saudara yang lain.

Dia juga telah bersedia beberapa jumlah wang untuk diberikan kepada sanak saudara terutamanya kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...