Rosyam Nor Terbit 8 Buku Karya Ustaz Kazim Elias

DAMANSARA: Populariti pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias telah menarik minat pelakon yang juga pengusaha syarikat penerbitan buku, Datuk Rosyam Nor untuk menerbitkan buku motivasi dan panduan tulisan pendakwah tersebut.

Menurut Rosyam, Ustaz Kazim dipilih kerana popularitinya yang boleh diibaratkan seperti Ustaz Zakir Naik Malaysia selain ceramah agamanya yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

2
Datuk Rosyam Nor, pemilik Suhan Publication.

“Ustaz Kazim merupakan di antara pendakwah yang mampu menarik ‘crowd’ yang ramai disebabkan itu saya berminat untuk menerbitkan buku yang ditulis Ustaz Kazim.

“Selain itu saya suka untuk menerbitkan buku yang mampu memberikan inspirasi dan manfaat kepada pembaca di luar sana,” kata Rosyam ketika ditemui semasa majlis memorandum persefahaman (MOU) di antara syarikat penerbitannya, Suhan Publication bersama Ustaz Kazim, di sini hari ini.

4

5

Dalam MOU tersebut, sebanyak lapan buah buku hasil tulisan Ustaz Kazim bakal diterbitkan oleh Suhan dan setakat ini dua buah buku motivasi, Suami Vs. Isteri dan Murahnya Rezeki Isteri sudah berjaya diterbitkan dan akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

Sementara itu, Ustaz Kazim berharap perkongsian yang diceritakan dalam kandungan buku motivasi itu dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kehidupan berumahtangga serta perihal kekeluargaan yang sering kali diajukan kepada beliau.

6
Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (Duke).

“Perkongsian buku Suami Vs. Isteri dapat dijadikan garis panduan keterbatasan seorang isteri dan suami terhadap pasangan masing-masing. Banyak lagi topik yang dibincangkan yang mana ianya membawa para pembaca menghayati dan memahami keadaan sebenar alam perkahwinan.

“Manakala naskhah Murahnya Rezeki Isteri membawa para isteri untuk mendalami betapa pemurahnya Allah SWT dalam soal pemberian rezeki dan kelebihan yang ada pada seorang isteri,” ujar beliau.

Sebanyak 10,000 nakshah telah diterbitkan untuk cetakan pertama bagi kedua-dua judul tersebut dan ia dijual pada harga RM20 (Suami Vs. Isteri) dan RM24.90 untuk buku Murahnya Rezeki Isteri.

Antara judul lain yang masih dalam proses penerbitan ialah Rosyam Nor Bertanya Duke dan Lidah Yang Tergigit. – MYNEWSHUB.CC

BACA: Rosyam Nor Kongsi Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan

Loading...