Sampai Hati Tinggalkan Bayi Baru Lahir…

SEORANG bayi baru lahir ditemui dalam keadaan sempurna ditinggalkan di dalam kotak di Masjid Ar-Rahman, Parit Guntang di sini, kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

Bayi yang dibalut dengan kain itu dijumpa di laluan pintu masjid oleh seorang jemaah wanita ketika hendak menunaikan solat Subuh sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada bilal.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Arshad Abu, bayi yang dianggarkan berusia satu hingga tiga hari itu berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Pengadu terdengar bunyi tangisan dari dalam sebuah kotak dan bertindak memeriksa kotak tersebut lalu mendapati seorang bayi lelaki bersama botol susu dan bungkusan susu bayi.

“Siasatan awal mendapati bayi dipercayai berbangsa Melayu itu telah dipotong tali pusatnya dan diikat menggunakan reben,” katanya memetika Astro Awani.

Tambahnya, bayi itu kemudian dibawa pulang ke rumah bilal berkenaan untuk dibersihkan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut,” katanya sambil merujuk kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Polis juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi mengenal pasti kedua ibu bapa tersebut memandangkan masjid berkenaan tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV). -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Loading...