Straight To the Point

Selalu Minta Duit, Bapa Bunuh Anak Guna Tukul Besi

in Jenayah/Utama & Sensasi

HANYA kerana permintaan duit belanja, seorang bapa tergamak membunuh anak lelakinya sendiri dengan menggunakan penukul besi.

Lapor Tribbunews, kejadian menggemparkan itu berlaku pada Isnin minggu lalu di Kampung Temboro, Kecamatan Karas, Jawa Timur, Indonesia.

Berdasarkan keterangan daripada saksi, kedua-dua anak-beranak itu pada hari kejadian dikatakan bertengkar sesama sendiri sebelum insiden bertukar menjadi parah.



Katanya lagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abdul Azis dan berusia 18 tahun itu selalu sahaja meminta duit daripada ibu bapanya.

“Mangsa ada meminta 10,000 rupiah daripada ibunya namun wanita itu tidak mempunyai wang.

“Geram dan marah kerana keinginannya itu tidak dipenuhi, mangsa mengugut untuk membunuh ibu dan adiknya sendiri,” kata seorang saksi yang dikenali sebagai Siryanul Anwar.

Bapa mangsa yang mendengarkan mengenai perkara itu terus naik marah sehingga dia terus mengambil penukul besi dan menghayunkannya ke bahagian kepala mangsa sebanyak tiga kali sehingga mangsa meninggal dunia.

Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tragik tersebut terus bertindak pantas menahan suspek yang berusia 45 tahun untuk menjalankan tindakan lanjut.

Menurut pihak polis, mangsa dikatakan selalu mengancam untuk membunuh adik beradiknya yang lain selain dia juga terlibat di dalam kes pukul yang sering berlaku di kawasan terbabit.

Dalam pada itu, mangsa turut dikehendaki pihak polis kerana sering terlibat di dalam kes jenayah jalanan di kawasan sekitar. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top