Straight To the Point

Sultan Johor Ampun Kamal Hisham Tanpa Syarat

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima permohonan maaf daripada peguam kontroversi tempatan, Kamal Hisham Ja’afar.

Beliau yang kini berusia 48 tahun sebelum itu dijatuhi hukuman penjara kerana didakwa bersalah atas 17 pertuduhan melibatkan pecah amanah, aktiviti pengubahan wang haram dan Akta Syarikat 1965.

Kamal Hisham melakukan kesalahan itu sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn. Bhd. dalam kes penyewaan ruang niaga di JB Sentral, di sini, antara 2009 dan 2011 mengikut Akta Syarikat 1965.



Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan memaklumkan, Sultan Ibrahim telah mengampunkan Kamal Hisham tanpa apa-apa syarat.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim setelah menerima permohonan maaf daripada Encik Kamal Hisham bin Ja’afar.

“Ia atas semua dan segala perbuatan, persuratan, perlakuan dan tindakan beliau sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja terhadap Tuanku, memikir patut dan dengan nasihat dan Persekutuan Jumaah Majlis Diraja.

“Serta mengambil berkat bulan Ramadan al-Mubarak, dengan limpah keikhlasan Tuanku yang amat sangat, suka sedia dan berkenan menerima permohonan tersebut dan mengampunkan tanpa apa-apa syarat,” katanya.

Kenyataan berkenaan turut dimuatkan dalam laman rasmi Facebook milik Sultan Ibrahim.

Abdul Rahim memberitahu, Sultan Ibrahim pada masa sama berharap agar Kamal Hisham akan dapat meneruskan kehidupannya dengan kesejahteraan aman dan damai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top