SATU PERUBAHAN

Taman Tema Upin Ipin Di Xian Bakal Jadi Tarikan

in Artis/Utama & Sensasi

TAMAN tema Upin Ipin bakal dibuka dalam enam wilayah di China selepas Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (Les’ Copaque) mula menerima permintaan untuk buka taman tema terbabit di Xian.

Lapor Harian Metro, Pengarah Urusanya, Burhanuddin Md Radzi berkata, banyak pihak menunjukkan minat untuk bawa konsep Upin Ipin di beberapa wilayah negara tembok besar itu walaupun taman pertama di Xian belum siap.

“Untuk taman tema Upin & Ipin di Xian, kami bukan saja membawa karakter dalam siri Upin & Ipin, namun turut mengetengahkan watak daripada siri animasi lain di bawah penerbitan Les’ Copaque.

“Malah, kami akan memasukkan elemen budaya Cina bagi menyuntik ciri tempatan di taman tema berkenaan,” ujarnya.

Dengan nilai pembangunan kasar mencecah AS$4 bilion (RM15.7 bilion), taman tema itu mempunyai keluasan 5.7 kilometer persegi.

Tambahnya lagi, pihaknya bekerjasama dengan pasukan yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan Disneyland bagi memastikan taman tema itu mempunyai tarikan luar biasa.

Projek tersebut dijangka akan bermula pertengahan tahun ini dengan tempoh pembinaan selama tiga tahun.

Bagi mendapat tarikan bertaraf antarabangsa, pihaknya juga akan menyediakan kemudahan yang sebaiknya buat para pelancong yang hadir.

Dalam perkembangan lain, Les’ Copaque akan membina taman tema di Malaysia dengan keluasan 81 hektar dalam tempoh akan datang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Terkini dari Artis

Go to Top