Terpegang ‘Nasi Lemak’ Jasmin Hamid, Fasha Dikritik

KALAU dah namanya public figure maka setiap tindak tanduk yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian ramai.

Perkara inilah yang berlaku kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha apabila salah satu entri di laman Instagram miliknya teruk dikritik netizen.

Entri itu menunjukkan pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu sedang bergambar dengan pelakon senior, Jasmin Hamid.

Berdasarkan foto tersebut, Fasha secara tidak sengaja terhala tangan atau dalam bahasa mudahnya terpegang ‘aset’ milik Jasmin.

Tindakan yang mungkin tidak disengajakan itu secara tidak langsung telah membuatkan ‘mata-mata nakal’ terbuka luas!

Bukan itu sahaja, malah Fasha turut menerima kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata meminta agar dia memadam posting berkenaan.

Bagaimanapun, Mynewshub difahamkan entri berkenaan sebenarnya adalah perkongsian behind the scene untuk program televisyen, Mamu Mami Gosip episod 15 dan 16 bersama artis jemputan.

Sebenarnya, tak lah teruk mana pun pose mereka berdua tu. Tidak menggambarkan ke arah ‘itu’.

Tetapi itulah, kita hanya akan lihat apa yang hati dan minda kita gerakkan. Jadi, maknanya apa ya?– MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...