Tiada Lagi Slogan 1Malaysia Selepas Ini

SLOGAN 1Malaysia yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal digantikan dengan slogan baharu yang bersesuaian.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang media khas yang diadakan di Putrajaya pada hari ini.

“Kita mungkin terpaksa tukar kepada slogan lain. Namun pada waktu ini, kita belum kenal pasti slogan yang sesuai,” katanya yang dipetik sebuah portal berita tempatan.

Idea 1Malaysia yang diumumkan pada 3 April 2009 itu adalah merupakan agenda kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk satu bangsa yang bersatu tanpa mengira kepelbagaian etinik, sub-etinik dan kebudayaan.

Konsep tersebut muncul ketika keadaan politik tanah air sewaktu itu dikatakan tidak menentu dan perpaduan dalam negara dianggap rapuh.

Sementara itu, menurut sumber dalaman, kerajaan juga melarang sebarang barangan yang berkaitan logo 1Malaysia termasuk pada meja korporat, sijil dan barangan lain.

Ucapan “Salam 1Malaysia”, “Salam Negaraku” dan “Selam negaraku Malaysia” juga akan dihentikan dan diganti dengan sama ada “Assalamualaikum” atau “Salam Sejahtera”. – MYNEWSHUB.CC

Loading...