Tuah Pemenang Motonation Bawa Pulang Kad Petron

TAHNIAH… Seramai empat pemenang bertuah telah berjaya membawa pulang satu kad Petron Miles yang isi di dalamnya terdapat mata ganjaran sebanyak RM1,000 dari Petron Malaysia.

Empat pemenang berkenaan ialah Kumaresh Vijayan, Azmi Mahmud, Tan Led Xon dan Hanini Mohd Thani.

Majlis penyampaian hadiah itu telah diadakan di Ibu Pejabat Petron di Damansara Heights dekat ibu negara yang turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Motonation, Mohd Nazrul Zahri dan Penasihat Jenama Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad, Haron Alrasyid Nawi.

Hanini Mohd Thani
Tan Led Xon
Azmi Mahmud
Kumaresh Vijayan

Baru-baru ini, dari 1 hingga 3 Disember lalu, telah diadakan satu acara Motonation 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang turut menampilkan Petron Malaysia sebagai penaja utama.

Empat kad Petron Miles yang diserahkan hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penajaan pihak Petron kepada Motonation.

Selain penyerahan Petron Miles Crad, Petron turut menaja petrol Blaze 100RON, bahan api Turbo Diesel Euro5 dan Gasul LGP semasa persembahan drift kereta serta gas masak untuk setiap vendor makanan yang terlibat ketika acara itu diadakan.

Selain itu, pihak Petron turut menyumbangkan beberapa barang dagangan cenderamata termasuk model edisi terhad Porsche Car 1:24 serta payung bagi 5,000 pengunjung terawal.

Pemenang bagi acara hari ini merupakan peserta menerusi acara cabutan bertuah yang berjaya membawa pulang Petron Miles Card yang bernilai RM1,000 serta boleh ditebus di mana-mana sahaja stesen Petron di seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, Kad Petron Miles merupakan salah satu program bagi pengguna setia Petron Malaysia yang mana membolehkan pelanggan memperoleh 2 Miles Point untuk setiap 1 liter yang dibelanjakan bagi bahan bakar.

Setiap Point Miles juga boleh ditebus untuk bahan api di mana-mana 580 stresen Petron seluruh negara.

Motonation merupakan satu syarikat korporat yang menampilkan gaya automotif pertama di Malaysia.

Acara tahun lalu yang di adakan dekat PICC telah disertai oleh 150 vendor serta mempunyai sebanyak 640 gerai juga turut mencatatkan jumlah pengunjung seramai 120,000 sepanjang tempoh tiga hari acara itu berlangsung.

Motonation menampilkan kelainan daripada pameran auto tempatan lain kerana ia bukan sahaja untuk vendor automotif korporat tetapi menampilkan budaya dan gaya hidup seperti produk, aksesori, pakaian, simulasi e-permainan, perbankan dan insurans serta banyak lagi.

Petron Malaysia turut menjadi penaja utama bagi acara berprestij di samping penaja kecil yang lain iaitu Modenas, Audi Setia Alam, G-Shock, Spanarboy, Prolube Asia dan C.A.M Vans. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...