SATU PERUBAHAN

Tuduh PM Hina Tun M, Siti Hasmah Pun Melayu ‘Pelupa’?

in Politik/Utama & Sensasi

TUN Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih kononnya PM sedang menghina Tun Dr M.

Setelah membaca apa yang diperkatakan Tun Siti , timbul persoalan dalam benak fikiran saya, tahukah Tun Siti apa yang dilakukan dan diperkatakan suaminya terhadap PM selama ini? Atau beliau termasuk dalam golongan Melayu mudah lupa?

Tun Siti membangkitkan soal hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga beliau dan keluarga PM. Tapi apa yang dilakukan oleh Tun M selama ini adakah ianya menunjukkan sifat seseorang yang mempunya hubungan silaturahim yang erat?

Tun M bukan saja menyerang Najib secara peribadi malah turut mengheret isteri dan anak-anak. Malah tanpa mempedulikan kedudukan beliau sebagai seorang negarawan, Tun M turut mengitar semula fitnah-fitnah pembangkang terhadap PM dan isteri. Antaranya kes pembunuhan warga Mongolia dan pembelian cincin. Sedangkan sebelum itu Tun M sendiri mengetahui itu semua fitnah.

Tun M dalam satu majlis di Pasir Gudang Ogos 2015 secara terang terangan merujuk PM sebagai bangsat. Tidak cukup dengan itu di KL Tun M kemudiannya merujuk PM Najib sebagai najis. Bukankah itu satu penghinaan? Kemudian baru-baru ini Tun M menyamakan pula PM dengan pemimpin kejam dunia iaitu, Idi Amin.

Apakah perasaan Tun Rahah sebagai seorang ibu DS Najib apabila mendengar kata-kata yang dilemparkan Tun M ini?

Apakah pula perasaan Rosmah sebagai seorang isteri DS Najib dengan fitnah dan tuduhan Tun M ini?

Apakah perasaan anak-anak DS Najib apabila mendengar ayahanda mereka diperkatakan begitu teruk sekali oleh Tun M?

Apakah perasaan anak perempuan DS Najib apabila Tun M menjadikan majlis perkahwinannya sebagai satu bahan fitnah politik?

Apakah perasaan 3 juta ahli UMNO apabila Tun M bukan sahaja memburuk-burukkan Najib, tetapi duduk semaja dengan pembangkang untuk menentang UMNO?

Apakah perasaan rakyat apabila Tun M menghina mereka dengan mengatakan rakyat tunduk kepada BN kerana wang? Apakah rakyat terlalu hina di mata Tun M?

PM tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata nista atau cacian terhadap Tun M dan Tun Siti. Malah PM sentiasa mengambil sikap mengelak menjawab sebarang cacian Tun M kerana tidak mahu bergaduh dan menghormati beliau. Tiba-tiba Tun Siti pula membuat tuduhan PM sedang menghina Tun M.

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top