Tun M Ucap Selamat Berpuasa Kepada Umat Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadan yang bermula hari ini, kepada seluruh umat Islam.

“Selamat menunaikan ibadah puasa dari saya dan isteri kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua,” katanya dalam catatan terbaru di laman Twitternya hari ini.

Selasa lepas, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Khamis, 17 Mei 2018, bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – BERNAMA

Loading...