Usia 67 Tahun Baru Boleh Pencen Di Belgium?

BRUSSELS – Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di ibu negara Belgium untuk bantah rancangan kerajaan negara itu mahu melaksanakan reformasi terhadap sistem persaraannya.

Polis berkata, kira-kira 55,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu menentang sistem persaraan berdasarkan mata dan rancangan untuk meningkatkan umur persaraan daripada 65 tahun kepada 67 tahun menjelang 2030.

Beberapa kesatuan sekerja berkata, kira-kira 70,000 menyertai tunjuk perasaan itu semalam. Polis berkata, dalam tunjuk perasaan sama pada Disember lalu, kira-kira 25,000 orang turut serta.

“Kami mahu skim persaraan yang cukup untuk hidup, bukan bekerja lebih banyak untuk manfaat persaraan lebih rendah,” kata pemimpin kesatuan sekerja CSC, Marie-Helene Ska kepada agensi berita Belga. – AFP/myMetro Online

Loading...