SATU PERUBAHAN

Usia Bukan Penghalang, Lisdawati Segan Akui Hamil

in Artis/Utama & Sensasi

PADA usianya yang telah 40 tahun, pelakon Lisdawati mengakui bahawa dia langsung tidak mempunyai apa-apa niat untuk menyembunyikan kehamilannya daripada kru produksi.

Hal itu disebabkan Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin tidak mahu ada kru yang bimbang dengan dirinya bagi mengelakkan dia akan menyusahkan rakan lain di lokasi penggambaran.

“Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil hingga ketika saya menjayakan penggambaran drama Mr. Grey, kru produksi tidak sedar saya hamil trimester pertama.

“Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil hingga ketika saya menjayakan penggambaran drama Mr. Grey, kru produksi tidak sedar saya hamil trimester pertama,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Kini, usia kandungan isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi itu telah memasuki bulan ketujuh dan dia juga masih bertenaga dalam menjalani kehidupan harian.

Malah, dia juga menegaskan bahawa sudah menjadi prinsip dirinya untuk tidak menyusahkan orang lain hanya disebabkan dia hamil.

Selepas Aidilfitri ini, pasangan selebriti itu bakal menimang cahaya mata keempat iaitu anak lelaki.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga masih mampu melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal tetapi masih dibawah pengawasan dan nasihat doktor.

Walaupun berbadan dua, Lisdawati masih lagi gigih berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya bersama peserta lain dan pastinya ramai yang terkejut dengan kemampuannya untuk terus mengayuh basikal waluapun sedang sarat mengandung.

Lisdawati juga telah dijemput oleh pihak Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) menjayakan program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara baru-baru ini.

“Namun, sebelum berbasikal, saya pastikan ciri keselamatan dipatuhi. Saya seronok kerana kita dapat meneroka lokasi menarik termasuk Dataran Merdeka dan Bukit Nanas,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Artis

Go to Top