Kami Setuju Dengan Tun M, Melayu Memang Mudah Lupa

Melayu mudah lupa…
Melayu mudah lupa…
Melayu mudah lupa…

Sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.

Memang benarlah kata-kata Tun M. Melayu memang mudah lupa.

Ada 13 siri video #MelayuMudahLupa ini, sebagai hiburan menjelang pilihan raya umum, pada masa yang sama membuka mata anak muda yang tidak hidup pada zaman Tun M (maklumlah takde Facebook) tentang blok Pakatan Harapan yang cakap tak serupa bikin (baca hipokrit) apabila akhirnya “terlupa” berbakul-bakul makian sebelum ini hingga bersetuju bekerjasama mengangkat Tun M sebagai bakal Perdana Menteri.

1. Ucapan Tun Dr. Mahathir di hadapan parlimen mempertahankan hak berhimpun dan Bersih.

2. Ucapan Tun Dr. Mahathir di hadapan parlimen mengenai duit halal dan haram! Terbaiklah Tun!

3. Ucapan berapi abang Mat Sabu di hadapan ribuan rakyat Kedah! Terbaiklah Abang Mat! (Bahagian 1)

4. Ucapan berapi abang Mat Sabu di hadapan ribuan rakyat Kedah! Terbaiklah Abang Mat! (Bahagian 2)

5. Tan Sri Muhyidin Yasin ketuai demo hapus GST di Sogo! Terbaiklah Tan Sri!

6. Mat Sabu akui kritikan beliau terhadap projek mega Dr. Mahathir (proton, klia, putrajaya) sebelum ini adalah salah.

7. Sempena ulang tahun PKR ke 19! Wan Azizah dan Nurul Izzah menitiskan air mata mengenangkan Datok Seri Anwar Ibrahim dan Gerakan Reformasi. Dr. Mahathir pula menceritakan hal sebenarnya yang berlaku! Reformasi! Reformasi! Reformasi!

8. Tun Dr. Mahathir membuktikan walaupun berusia 93 tahun, akalnya masih kuat! Inilah ciri-ciri penting seorang pemimpin yang boleh menyelamatkan Malaysia dari kebankrapan!

 9. Tun Dr. Mahathir membuktikan ISA tidak pernah disalahguna ketika zaman beliau! Mat Sabu juga ada disebelah Tun ketika itu! Terbaik Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!

10. Sejarah ringkas perjuangan PKR sehingga kini menjadi logo tunggal Pakatan Harapan! Kita jangan lupa, kejayaan ini adalah hasil perjuangan DS Anwar Ibrahim dan juga Tun Dr. Mahathir Mohamad! Hidup Tun! Hidup Anwar! Ini kali mesti menanglah! Reformasi!

11. Tun Dr. Mahathir mengkritik keras tindakan SPR menetapkan hari mengundi pada hari bekerja, hari Rabu! Bukan seperti kebiasaan hujung minggu! Ayuh rakyat sebarkan video ini! Hidup Tun! Hidup Tun!

12. Berapa banyak lebuhraya bertol di Malaysia? Mujur ada pemimpin politik hebat seperti Gobind Singh Deo yang berjanji akan mengurangkan kadar tol dan mencari langkah untuk menghapuskan tol! Terbaik Gobind! Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga ada memberikan pandangan bernas beliau! Ini kalilah! Hidup Tun! Hidup Gobind!

13. Kenapa rakyat wajar menyokong Tun Dr. Mahathir? Dengarkan kata-kata berapi dari Azmin Ali, beliau mendedahkan kenapa Tun adalah pilihan terbaik rakyat untuk dinobatkan sebagai perdana menteri sekali lagi menewaskan pahlawan bugis Jibby. Terbaik Azmin! Hidup Azmin! Hidup Tun! Sebarkan!

Dulu Tun M digelar mahafiraun, mahazalim, diktator paling korup, tua kutuk, kaki perompak, kaki penyamun dan sebagainya…hari ini bila dah geng, semua kesalahan terhapus sekelip mata.

Tak lama dahulu PKR bersama rakan-rakan mereka bersengkang mata nak selamatkan Malaysia daripada Tun M, hari ini nak “selamatkan Malaysia” dengan bekerjasama Tun M.

Melayu memang mudah lupa…
Melayu memang mudah lupa…
Melayu memang mudah lupa…

Di sana sini anak muda kata sudah tidak tahan dengan “kezaliman” Barisan Nasional tetapi mahukah anak muda mengangkat pimpinan yang mempunyai DNA yang sama pada PRU 14 nanti?

Kata rakan-rakan Pakatan:

1. Maafkan je lah perkara lama.
2. Kalau Tun nak kuasa, kenapa dia letak jawatan dulu?
3. Orang maju pandang ke depan.
4. Kita bukan Tuhan nak menghukum.

Melayu memang mudah lupa…
Melayu memang mudah lupa…
Melayu memang mudah lupa…

Nasihat kepada Pakatan Harapan: Calon yang pernah memaki hamun Tun M suatu masa dulu dan kini menjilat semula makian tersebut dengan menyanjung Tun M tidak dicalonkan kerana terbukti mereka ini tidak berwibawa.

p/s: Simpanlah video-video Pakatan Harapan kutuk Najib sekarang. Mana tau nanti kalau Najib masuk Pakatan, boleh troll lagi kasi sindir macai sejati.

Loading...