Video: PICOMS Siap Sedia Bantu Pengunjung PAU 2017

KUALA LUMPUR – Bantuan kecemasan di sekitar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dipertingkatkan dengan pasukan perubatan Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS).

Dengan kekuatan ahli seramai 120 orang dan dua doktor, ini merupakan penglibatan kali pertama PICOMS bagi menyediakan bantuan kecemasan buat pengunjung di majlis Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd Zubir Sheikh Saad, perkhidmatan yang ditawarkan oleh kolej adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pembayaran.

Datuk Dr. Mohd Zubir Sheikh Saad

Malah ia sebagai alternatif pihak kolej membalas jasa kerajaan yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

“Sepanjang PAU 2017 ini, PICOMS akan memberikan bantuan kecemasan percuma buat para pengunjung.

“Ini sebagai cara kami membalas jasa kerajaan yang banyak menabur bakti dan kami kembalikannya kepada masyarakat.

“Kesemua petugas juga terdiri daripada para pelajar diploma yang mengambil kursus pengurusan perhotelan,” katanya ketika ditemui Mynewshub hari ini.

Beberapa pasukan perubatan telah ditempatkan di setiap aras bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku.

Namun sekiranya berlaku kes kritikal, pasukan berkenaan sudah bersedia untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Jika berlaku kecemasan, kita ada ‘Mobil Team’ yang akan bertindak dan akan di bawa ke sini dan kemudian akan diperiksa oleh pegawai perbuatan yang bertugas.

“Namun sekiranya kes kritikal, kita akan rujuk ke hospital terdekat iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL),” ujarnya.

Setakat hari ini, beberapa kes kecil dilaporkan dan ia dapat diselesaikan dengan mudah oleh pasukan perubatan PICOMS.

“Setakat ini, masalah kesihatan yang kita terima adalah masalah bisa sahaja seperti sakit di kaki, sakit kepala dan belum lagi ada kecederaan yang kritikal.

“Untuk persdian PAU2017, seramai 120 orang terdiri daripada Mobil Team yang dipecahkan kepada 30 orang. Di bahagain sick bay kita ada 14 orang dan 16 orang para medic serta pelajar-pelajar dari PICOMS sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para pengunjung yang juga dinasihatkan supaya mengetahui tahap kesihatan masing-masing supaya tidak mengalami apa-apa masalah.

Pasukan Bantuan perubatan PICOMS akan berada di sekitar PWTC daripada jam 7 pagi sehingga 11 malam sepanjang lima hari berlangsungnya PAU 2017. – MYNEWSHUB.CC

Loading...