Straight To the Point

Wanita Arab Saudi Boleh Terlibat Seni Perfileman

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BARU-BARU ini beberapa orang pelajar berkesempatan menggunakan kamera miliknya setelah Arab Saudi memansuhkan pengharaman operasi panggung wayang selepas 35 tahun.

Sama Kinsara, pelajar tahun pertama Universiti Effat, Jeddah antara pelajar yang mengambil jurusan produksi visual dan digital mendapat peluang mempelajari cara penggambaran, membuat filem dan penceritaan.

“Semuanya akan berubah,” katanya kepada agensi berita antarabangsa Reuters.



Kinsara dan rakan sekuliah yang khusus untuk wanita itu telah mendapat kebebasan untuk membuat penggambaran di luar kawasan universiti buat kali pertama.

Seni Perfileman adalah kursus baharu yang dinamakan bagi mengubah nama lama yang sering menjadi sasaran polis agama dan komuniti tempatan yang menentang keras konsep ‘lelaki mengajar wanita cara buat filem’.

Perubahan itu adalah hasil pemansuhan pengharaman, yang dicetuskan tahun lalu oleh Putera Mahkota yang mempunyai visi reformasi, Putera Mohammed Salman.

Bagi penuntut perfileman, Qurratulain Waheb sangat menghargai peluang untuk keluar dari kampus universiti dan membuat penggambaran bersama rakan sekuliahnya.

“Jika sebelum ini timbul masalah apabila kami membawa kamera ke dalam pusat beli-belah. Kami tidak dibenarkan masuk. Tapi sekarang perkara tersebut sudah dibolehkan.

“Dengan izin ini, segalanya menjadi mudah dan orang ramai semakin menerimanya. Mereka mahu lihat apa yang kami lakukan,” katanya.

Pihak berkuasa berharap dengan pembukaan 300 panggung wayang dan pembangunan industri filem, dapat mencipta 30,000 peluang pekerjaan selain AS$24 bilion dapat disumbangkan kepada ekonomi negara.

Selain pawagam, wanita Arab Saudi kini boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium, menyertai acara sukan, dan bakal dibenarkan memandu kenderaan sebebasnya tanpa halangan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top