Bukan Berita Online Biasa

Ingvar Kamprad

Hartawan ‘Bakhil’ Pengasas IKEA Suka Beli Di Pasar Lambak

in Gaya Hidup/Hangat/Utama & Sensasi

STOCKHOLM – Bayangkanlah hartawan dan pengasas syarikat penjual perabot IKEA, mengakui beliau amat kedekut dan sanggup membeli pakaian dirinya di pasar-pasar lambak tempatan untuk menjimatkan wang.

Ingvar Kamprad, yang bakal berusia genap 90 tahun pada 30 Mac ini mendedahkan rahsia kehidupannya itu dalam sebuah program dokumentari khas dan ditayangkan menerusi stesen televisyen ternama Sweden TV4.

Beliau yang terkenal sebagai hartawan lebih suka berjimat cermat mendakwa, kerana sikapnya itulah sekali gus berjaya membantu IKEA untuk menjadi antara jenama gedung perniagaan perabot paling terkemuka di dunia.

Akronim IKEA sebenarnya hasil gabungan huruf pertama dirinya sendiri iaitu Ingvar Kamprad serta nama ladang keluarga tempat beliau dilahirkan iaitu Elmtaryd, dan kawasan perkampungan yang berdekatan iaitu Agunnaryd.

ikea
Ingvar Kamprad ketika mula membuka gedung pertama IKEA di Almhult pada 1943. – Gambar hiasan

“Saya tidak rasa saya pakai apa-apa yang tidak dibeli dari pasar lambak. Ini bermakna, saya mahu menunjukkan contoh teladan yang terbaik,” katanya kepada saluran Sweden TV4, menurut laporan akhbar Dagens Industri.

Kamprad dianggarkan memiliki harta kekayaan sekitar 610 bilion kroner (RM298 bilion), menurut laporan media Sweden hasil perniagaan 318 gedung IKEA yang bertaburan di 47 buah negara di dunia termasuk di Malaysia.

Namun sukar membezakan antara harta milik beliau, milik anak-anaknya dan apa yang disimpan dalam sebuah yayasan keluarga di Liechtenstein, antara negara tempat perlindungan cukai paling terkenal di benua Eropah.

Pada 2006, majalah perniagaan terkenal Amerika Syarikat, Forbes, pernah menyenaraikan beliau sebagai orang keempat terkaya di dunia sebelum jatuh kepada tempat kelapan pada tahun lalu menurut indeks Bloomberg.

Amalan berjimat cermat Kamprad juga jadi tajuk berita sejak bertahun-tahun lamanya. Pada 2008, beliau pernah memberitahu akhbar Sydsvenskan mengenai harga mahal untuk perkhidmatan gunting rambut secara mewah.

ikea1
Ingvar bergambar dengan anak-anaknya iaitu Söhne Jonas, Peter dan Mathias Kamprad. – Gambar hiasan

“Saya membayar 22 euro (RM100) di sebuah kedai rambut premium di Belanda, ini melebihi bajet saya sendiri. Biasanya, saya potong rambut apabila saya ke negara sedang membangun. Kali terakhir, di Vietnam,” jelasnya.

Pada 1973, Kamprad meninggalkan Sweden, yang mempunyai struktur percukaian lebih tinggi, dan sanggup pergi ke negara jirannya, Denmark, sebelum berhijrah pula ke Switzerland kerana kadar cukainya jauh amat rendah.

Sikap bakhil itu malah menyaksikan beliau masih lagi setia mengekalkan kereta peribadinya iaitu Volvo 240GL keluaran 1993 sehingga kini sama ada untuk berulang-alik ke tempat kerja, bercuti dan juga pelbagai urusan lain.

Sejak 2010, Kamprad secara beransur-ansur mula bersara daripada syarikat keluarganya itu untuk memberi laluan kepada tiga anak lelakinya pula, sebelum akhirnya pulang ke Sweden pada 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: IKEA Tidak Boleh Guna Nama IKEA Di Indonesia

Juga: IKEA Jerman Habis Stok Tilam Bagi Pelarian Muslim

Lagi: IKEA Hasil 10 Soft Toys Rekaan Kanak-Kanak Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top