Bukan Berita Online Biasa

Suami Isteri Etnik Rohingya Diburu Bantu Kes Bunuh

Suami Isteri Etnik Rohingya Diburu Bantu Kes Bunuh

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Polis kini memburu pasangan suami isteri etnik Rohingya yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan lelaki daripada etnik sama di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mereka adalah Mohamad Qarim Abdul Razak, 30, atau dikenali dengan nama Qori, dan isterinya, Babe Nur Karim, 25, yang menghilangkan diri sejurus kejadian itu.

Polis juga katanya turut memburu dua lagi lelaki dipercayai adik-beradik Mohamad Qarim yang masih belum dikenal pasti identiti mereka.

“Qori dan dua beradiknya menghilangkan diri bersama isteri serta dua anaknya yang berusia 13 tahun dan empat bulan sebaik sahaja mangsa dibunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang badan serta kecederaan di kepala.

Mayat mangsa berusia 35 tahun yang memiliki kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditemui jirannya yang datang membuat pemeriksaan selepas mendengar bunyi pergaduhan.

Wan Abd Aziz dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan itu atau terlihat kehadiran mereka di mana-mana supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Terkini

Go to Top