Bukan Berita Online Biasa

Bella Tak Percaya Afifah Mangsa Pihak Produksi

in Artis/Utama & Sensasi

ISU rumah tangga penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dengan isterinya, Bella Astillah masih belum reda lagi nampaknya.

Malah isu menjadi semakan ‘hangat’ apabila pelbagai pihak mula campur tangan dan mengeluarkan kenyataan yang hanya mungkin hanya didengari daripada sebelah pihak sahaja.

Susulan kenyataan kekasih Afifah Nasir,Wan Ariff yang terlalu percaya teman wanitanya merupakan mangsa keadaan dalam kontroversi ini, hari ini Bella ada mengeluarkan kenyataan melalui insta story di akaun Instagramnya mendakwa jejaka tersebut hanya mendengar cerita daripada satu pihak sahaja.

Menerusi post tersebut, Bella menujukan penjelasannya itu khas kepada kekasih Afifah, Wan Ariff dan juga suami Anzalna, Hanif Zaki.

“Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya.

“Kita boleh say no, boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita,” ujarnya menerusi posting tersebut.

Dalam insta story itu juga, Bella menyatakan dia tidak mempercayai penjelasan Afifah yang mendakwa pihak produksi yang menyuruhnya untuk menggoda Aliff supaya dia datang ke lokasi penggambaran.

Sebaliknya, Bella percaya bahawa Afifah dan Aliff sememangnya ‘bermain cinta’ memandangkan suaminya itu telah mengaku salah berlaku curang terhadap dirinya.

“Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang minta tolong ke apa. Dia boleh straight call saya,” kata Bella.

Tambahnya lagi, pihak produksi bukan takut tetapi mereka malas untuk masuk campur kerana pada dasarnya isu ini tidak melibatkan produksi sama sekali.

“Bukan diorang takut sebab diorang tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksi pun.

“Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja’?  Okay…dekat situ dah salah sebenarnya,” katanya lagi.

Berdasarkan mesej yang disampaikan, dapat dirumuskan Bella ingin Afifah mengaku salah dan berhenti daripada memutar belitkan cerita.

Hmmm…Bila agaknya isu ni bakal berakhir? Semakin hari semakin ramai yang campur tangan nampaknya.

Seeloknya, open table dan dengar daripada semua pihak. Biar semua persoalan terjawab. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top