Bukan Berita Online Biasa

“Celah Mana Fitnah, Nama Kau Dalam Dokumen”

in Artis/Jenayah/Utama & Sensasi

INDUSTRI hiburan minggu ini dikejutkan dengan pendedahan panas seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura Abu Bakar mendakwa telah ditipu oleh Datuk Hattan.

Ia menyebabkan dia diisytiharkan muflis dan berhutang hampir RM1 juta.

Pendedahan yang dibuat menerusi video berdurasi 20 minit itu, sekali gus membuatkan masyarakat mula berpandangan negatif terhadap Datuk Hattan.

Bagaimana, Datuk Hattan yang dihubungi Mynewshub semalam, tampil mempertahan dirinya dengan menyifatkan dakwaan wanita itu adalah fitnah terhadapnya semata-mata dan satu laporan polis telah dibuat berhubung isu itu.

Baca ini: “Ini Semua Fitnah” Datuk Hattan

Pun begitu, konflik ‘tuduh-menuduh’ ini tidak berakhir di situ, apabila Noor Maszura atau mesra dipanggil Kak Zab pula mengambil pendekatan lebih berani mendedahkan bukti dokumen syarikat.

Ia jelas mempamerkan nama sebenar Datuk Hattan iaitu, Mohd Shukri bin Shahabuddin beserta tanda tangannya.

“Celah mana aku nak fitnah… nama kau memang terpampang dalam dokumen syarikat. Mohd Shukri bin Shahabuddin nama kau kan? Siap ada tanda tangan kau.

“Ni memang bukti-bukti syarikat tu memang dia yang punya dulu. Keluarkan nama dia, masukkan nama kami. Lepas tu dia buat pinjaman semua… Kata aku fitnah.. jangan buat cerita bodoh la beruk,” tulisnya.

"Celah Mana Fitnah, Nama Kau Dalam Dokumen"

Difahamkan, isu penipuan yang dialami Kak Zab ini telah pun berlarutan sejak 15 tahun lalu.

Terdahulu, Kak Zab menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosialnya mendakwa Datuk Hattan telah menggunakan namanya dan suami, bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud sebagai penjamin untuk pinjaman bank.

Kisah hitam itu bermula apabila, mereka suami isteri telah dilantik sebagai pengarah sebuah syarikat milik Datuk Hattan.

Dakwa Kak Zab, Datuk Hattan kemudian telah melakukan beberapa pinjaman antaranya pinjaman rumah dan kereta berjumlah hampir RM1 juta atas nama syarikat.

Dia bersama suami terjerat setelah Datuk Hattan dikatakan tidak membayar pinjaman itu sekali gus membuatkan Kak Zab dan suami diminta melangsaikan pinjaman itu sebagai penjamin. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top