Bukan Berita Online Biasa

Hashtag 'Israel Terbakar' Trending Di Media Sosial Arab

Hashtag ‘Israel Terbakar’ Trending Di Media Sosial Arab

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

HASHTAG ‘Israelburning’  (Israel terbakar) telah menduduki tangga teratas media sosial khususnya laman Twitter dalam kalangan netizen Arab.

Rata-rata warga Arab dikatakan bersorak gembira atas insiden krisis kebakaran hutan yang kini sedang membelenggu negara haram Yahudi tersebut.

Hashtag 'Israel Terbakar' Trending Di Media Sosial Arab

Mereka menganggap kebakaran itu adalah balasan Tuhan kerana Israel baru-baru ini telah melarang laungan azan di masjid-masjid di Palestin.

“Kerana Israel melarang azan, mereka terbakar. Allah Maha Besar,” tulis Ketua Keamanan Umum di Dubai, Dhani Khalfan Tamim.

“Israel terbakar hebat hingga meminta sekutunya untuk membantu. Hal ini terjadi setelah Israel melarang azan di masjid-masjid Palestin yang dirampas (Semoga Palestina merdeka),” tulis Imam Kuwait, Al-Afasy.

Sementara itu, pelbagai meme dan video memerli kebakaran di Israel itu turut tersebar menjadi viral.

Setakat ini, punca kebakaran aneh itu tidak diketahui sehingga menjadi misteri bagaimana ia boleh berlaku.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya kebakaran ini berpunca konon akibat perbuatan pengganas dan berjanji untuk memburu pihak yang terlibat.

Sementara itu, puluhan ribu penduduk Yahudi di bandar Haifa telah dipindahkan susulan krisis kebakaran itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top