Bukan Berita Online Biasa

Kafe Bagi Diskaun Kepada Pelajar Yang Tidak Bersolek

Kafe Bagi Diskaun Kepada Pelajar Yang Tidak Bersolek

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEBUAH kafe di Korea Selatan menawarkan diskaun 20 peratus kepada pelajar perempuan dengan syarat mereka tidak mengenakan solekan.

Selain itu, diskaun tambahan 30 peratus akan diberikan untuk harga makanan dan minuman sekiranya pelajar terbabit memakai skirt yang lebih panjang iaitu sekurang-kurangnya pada paras lutut.

Bagi pelajar yang memakai seluar panjang pula, ia perlu berukuran kira-kira 10cm bawah lutut.

Diskaun itu diperkenalkan dengan matlamat untuk menukar pemikiran masyarakat dengan tema `Berharap Anda Pakai Sesuatu Yang Lebih Panjang’.

Bagaimanapun nama kafe tersebut tidak pula didedahkan oleh media sosial.

Apa pun yang penting memang mudah untuk mendapat diskaun asalkan berpakaian sopan dan tidak mengenakan solekan, sesuai dengan gelaran pelajar. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top