Bukan Berita Online Biasa

“Pada M** Bocor Gambar, Moga Aib Anda Dibuka”

in Artis/Jenayah/Utama & Sensasi

BERITA mengenai penahanan pelakon juga pengarah iaitu Datuk Farid Kamil menjadi topik bualan hangat sejak semalam.

Penangkapan itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen dan pihak media, malah rakan artis juga yang rata-rata terkejut berhubung perkara itu.

Ekoran itu, semakin ramai yang sibuk menjadi ‘malaikat penghukum’ malah tak kurang juga yang menjadi ‘nasi tambah’ hingga membuatkan keadaan sedia ada semakin keruh.

Terbaru pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu tidak bertanggung jawab yang membocor serta menyebarkan gambar Farid Kamil dalam keadaan tangan bergari ketika berada di balai polis.

Menerusi satu kemas kini di akaun Twitter peribadi milik Sharnaaz, beliau dilihat turut mendoakan agar individu itu menerima balasan setimpal kelak selain sempat meninggalkan kata-kata semangat buat Farid.

“Apa pun jadi pasal isu Farid Kamil, kepada musibat yang bocorkan gambar itu, semoga anda dibuka aib pulak di satu hari kelak. Maruah keluarga dia mana nak letak kamjat.

“Hari ini anda mungkin bahagia, bila tuhan nak duga belum confirm brader. Be strong Farid…,” tulis Sharnaaz.

Kelantangan Sharnaaz ‘bersuara’ ternyata telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Ada menyambut secara baik kenyataan pelakon itu kerana beranggapan adat dan agama kita cenderung melarang menyebar aib orang lain.

Dalam pada itu, tidak kurang juga terdapat segelintir yang menyelar kenyataan Sharnaaz itu.

Semalam, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya.

Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.

Susulan itu, Farid telah direman selama 4 hari yang berkuatkuasa pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top