Bukan Berita Online Biasa

SPRM Terima Senarai Pemain, Pengadil Bola Sepak

SPRM Terima Senarai Pemain, Pengadil Bola Sepak

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima senarai nama dan butiran peribadi pemain, pengadil perlawanan serta pegawai pasukan bola sepak di Malaysia daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, SPRM turut menerima senarai nama dan butiran kakitangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sewaktu mengadap baginda.

“Tunku Mahkota Johor telah menitahkan kepada SPRM untuk membantu memastikan arena sukan bola sepak negara bersih serta bebas daripada sebarang pengaruh rasuah dan salahguna kuasa.

“Sewaktu pertemuan itu, pihak SPRM telah menerima senarai nama serta butiran tersebut bagi tujuan dijalankan pemantauan yang rapi oleh pihak SPRM,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, SPRM menjunjung kasih titah Tunku Mahkota Johor dan akan memberi sokongan serta komitmen untuk memastikan sukan bola sepak negara bebas anasir rasuah dan salah guna kuasa.

Tunku Ismail merupakan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Presiden FAM. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Sukan

Go to Top