Bukan Berita Online Biasa

Taman Tema Terbesar Di Asia Tenggara Dibuka Di Vietnam

Taman Tema Terbesar Di Asia Tenggara Dibuka Di Vietnam

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

HANOI – Pemaju hartanah Sun Group bakal membuka taman tema Dragon Park di wilayah Quang Ninh utara Vietnam, sekali gus menjadikan ia taman tema terbesar di Asia Tenggara.

Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan taman tema baharu yang bakal memberikan pengalaman menakjubkan itu terletak di kompleks taman hiburan Ha Long Park.

Pelbagai jenis permainan di taman itu juga pertama di Asia dikendalikan oleh jenama popular Parques Reunidos dari Sepanyol yang mengendalikan hampir 60 buah taman tema di 14 buah negara.

Dibina di tanah seluas 40 hektar, ia dijangka memberikan suasana dan pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung dari pelbagai peringkat umur.

Memandangkan ia akan dibuka sehari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, taman itu bakal menjadi daya tarikan utama jutaan pelawat.

Bersama dengan pembukaan taman tema air terbesar Asia Tenggara dijangka pada Mac, Dragon Park akan menggalakkan lagi pelancongan di Ha Long. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top