Foto Pre-Wed: Pembaca Berita TV3 Hazlin Hussain Pilih Rakan Sekerja

TIDAK keterlaluan kami katakan, Hazlin Hussain, 31; merupakan antara personaliti stesen TV3 yang disegani dan popular.

Bukan lagi nama asing dalam dunia penyiaran, namun siapa sangka pengacara program 999 ini sebenarnya dalam diam sedang menghitung hari untuk bergelar sebagai isteri.

Apa mengejutkan bercampur gembira, Hazlin rupa-rupanya memilih rakan sekerjanya sebagai bakal suami iaitu Mior Abdul Malek Raiyani, 32; yang juga pembaca berita Buletin Utama.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan sama cantik, sama padan ini yang dilaporkan bakal bersatu pada 12 Disember ini.

Difahamkan, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 8 Mac lalu.

Jom kita saksikan beberapa gambar pra perkahwinan pasangan ini hasil bidikan dari Sixuca Wedding Photography. – MYNEWSHUB.CC

4 1 2 12188059_1064259100271623_7800723810038547259_o 12240194_1064259326938267_5742280225936130847_o 12240217_1064258956938304_3641147509710506570_o 11016955_1064259576938242_5321751780353895568_o

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TzzlKuKltLo]

Loading...