Rosyam Nor Kongsi Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan

ROSYAM Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon muda dan pembaca lain dalam  bidang kerjaya, gaya hidup berdisiplin dan cara menhadapi cabaran untuk berjaya.

Mengakui telah melalui pelbagai rintangan sepanjang hidupnya,  pelakon berusia 49 tahun ini telah berkongsi segalanya dalam autobiografi yang bertajuk, Impian Jutawan Budak Setinggan.

RosyamNor
Rosyam Nor

Menerusi buku ini, Rosyam Nor menceritakan segala yang dihadapi olehnya sehingga berjaya dan dia berharap agar perkongsiannya ini akan menjadi pengajaran kepada pembaca.

“Pembaca akan mengetahui kisah hidup saya, yang pada dasarnya adalah perjalanan yang membawa saya ke sini.

“Saya bangga untuk berkongsi perjalanan ini dengan peminat kerana siapa tahu, mungkin terdapat beberapa pengajaran yang berguna bagi mereka.”

Rosyam Nor juga menceritakan tentang kisah kehidupannya sekeluarga sewaktu menjalani kehidupan di kawasan setinggan Kampung Kerinchi yang kini dikenali sebagai Bangsar South.

Dirasmikan oleh ibunya, Robiah Kamarudin, buku yang ditulis sendiri dalam tempoh dua tahun itu berjaya diterbitkan semalam di sebuah majlis yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Menurut Rosyam Nor, buku tersebut merangkumi dua dalam satu, iaitu biografi dan motivasi.

Rosyam Nor bersama ibunya Robiah Kamarudin
Rosyam Nor bersama ibunya Robiah Kamarudin.

“Buku ini merupakan gabungan antara biografi dan juga motivasi yang ingin saya kongsikan untuk memberitahu pembaca bahawa hidup ini boleh diubah jika mempunyai kemahuan yang tinggi.”

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarganya serta mereka yang membantunya selama ini, termasuklah Datuk Yusof Haslam dan Panchacharam.

Isterinya, Datin Runika yang hadir di majlis tersebut turut menerima senaskah buku keluaran Rosyam Nor sebagai tanda penghargaan buat isterinya yang berada di sampingnya sejak berumur 15 tahun.

DSC08485
Rosyam Nor bersama Datuk Yusof Haslam dan Panchacharam.
Rosyam Nor menyerahkan senaskah bukunya kepada isteri, Datin Runika
Rosyam Nor menyerahkan senaskah bukunya kepada isteri, Datin Runika.

Dalam buku ini, Rosyam juga menceritakan 40% rahsia kehidupan peribadinya dari kecil sehingga menjadi jutawan yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca. – MYNEWSHUB.CC

DSC08455

DSC08457

DSC08459

Loading...