Syamsul Yusof Nafi Dialog Filem Munafik Seru Syaitan

BAGI yang sudah menonton tentu mengetahui babak di penghujung filem Munafik yang memperlihatkan seorang watak antagonis membaca mantera menyeru iblis.

Meremang bulu roma apabila mantera yang dibacakan itu kelihatan sangat real sehinggakan sampai ada pihak menganggap pengarah filem itu, Syamsul Yusof menggunakan mantera sebenar bagi merealisasikan babak tersebut.

Hal itu ditimbulkan seorang pengikut laman Instagram Syamsul yang bertanyakan kepadanya mengenai kesahihan kononnya mantera yang digunakan itu betul dan ini merupakan jawapan pengarah muda itu,

“Tidak. Itu bukan mantera/bacaan betul atau sahih Hanya rekaan semata. Cuma dilaungkan dalam bahasa Arab. Sebagai Muslim, kita jangan taksub/melampau dengan sesuatu,” tulisnya.

munafik

munafik1

munafikk

munafik3

Munafik merupakan filem seram kedua arahan Syamsul selepas Khurafat.

Ia mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara apabila berjaya mengatasi kutipan Polis Evo dengan meraih sebanyak RM18 juta sejak ditayangkan bermula 25 Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...