Syazwan Zulkifly Lebih Terbuka Bicara Soal Cinta

AKTOR hitam manis Syazwan Zulkifly, selepas kemunculannya dalam siri drama Juvana yang disiarkan menerusi TV3 sebagai watak Apek telah melonjakkan namanya.

Syazwan yang terkenal menerusi lakonan watak antagonis kini lebih terbuka berbicara soal cinta berbanding sering dilabel sebagai seorang yang panas baran.

Syazwan Zulkifly Kini Lebih Terbuka Bicara Soal Cinta
Syazwan Zulkifly

“Bila bercakap mengenai hal cinta saya sebenarnya seorang yang senang untuk berkongsi. Ini kerana saya lebih suka berkongsi mengenainya berbanding isu melabel saya sebagai seorang yang panas baran.”

Menurut sebuah portal, tahun lalu kecoh di media sosial Syazwan mengumumkan untuk menarik diri daripada dunia seni tanah air gara-gara masalah cinta yang dihadapinya dengan bekas kekasihnya Shenty Feliziana.

Syazwan Zulkifly Kini Lebih Terbuka Bicara Soal Cinta
Shenty Feliziana

“Jadi saya mengaku bahawa hubungan saya dengan Shenty sudah lima bulan putus. Saya mampu cakap apa yang difikirkannya itu adalah yang terbaik, lagipun dia seorang yang baik,” ujarnya.

Selain itu, portal tersebut sempat bertanyakan kepada Syazwan sekiranya diberi peluang untuk digandingkan bersama bekas kekasihnya itu, ini jawapannya.

“Jika ada peluang untuk bekerjasama, kenapa tidak? Saya memang nak sangat, cuma mahukah dia pula nanti?” tanyanya berseloroh.

Selain kisah cinta, Syazwan juga pernah hangat dengan kisah mengasari seorang hos pengacara televisyen. Namun menurut Syazwan, adalah tidak adil untuk terus melabelnya sebagai panas baran dek kerana isu berkenaan.

“Bagi saya biarlah orang nak cakap apa tentang saya, betul atau salah terpulang. Komen saya, perkara ini tidak adil untuk orang nilai diri saya atas apa yang telah berlaku,” jelas Syazwan.

Syazwan Zulkifly Kini Lebih Terbuka Bicara Soal Cinta
Nadzmi Adhwa, Syazwan Zulkifly dan Nas-T.

Dalam perkembangan lain, Syazwan baru sahaja habis menjalani penggambaran drama Nahu Rindu slot Zehra di TV3 dan sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Roller Coaster bersama pelakon jambu Nadzmi Adhwa terbitan Suhan Movies. – MYNEWSHUB.CC

Loading...